INGAT bahawa Seksyen 10 (a) Akta Kesalahan Piliharaya (AKP) 1954 mentakrifkan secara terperinci perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon itu sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.
Sudah tentu mana mana orang yang juga turut terlibat memberi wang untuk meraih undi calon-calon tertentu, salah dari segi undang-undang (AKP) 1954 dan boleh disiasat oleh SPRM tambahan lagi transaksi berlaku ketika pilihanraya.
Apatah lagi dikatakan pengundi dipaksa bersumpah dengan nama Allah untuk mengundi seseorang calon.
Rakan sedarjah saya sendiri di kampong memberitahu bahaw dia diberi RM200 dan diminta untuk mengundi calon tertentu.
Dalam konteks SPRM, pengertian rasuah adalah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah atau diskaun.
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menekankan bahawa rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.
Katanya lagi, sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak. Sesuatu pemberian bagi meraih undi di dalam pilihan raya sebagai sedekah adalah salah dari segi undang undang dan boleh merugikan negara serta masyarakat.
SPRM telah menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, bukan hanya tertakluk kepada pemahaman atau intepretasi peribadi. Setiap kertas siasatan akan diangkat kepada pihak Peguam Negara untuk diteliti sebelum didakwa di mahkamah. Apa apa pun keputusan mutakhir setiap kes perbicaraan akan diputuskan oleh hakim. Kebiasaannya tertuduh yang didakwa oleh SPRM didapati bersalah di mana kadar sabitan melebihi 90 peratus.
Tambahan pula hukumannya juga berat menanti ahli politik atau wakil apabila disabitkan. Mereka boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit. Kesalahan ini adalah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.
Kini SPRM telah membuka kertas siasatan ke atas individu yang terlibat di dalam pemberian dan penerimaan wang rasuah ketika Piliharaya ke 15 tempoh hari.
Satu perkara lagi yang perlu menjadi ingatan adalah jika gagal melapor pemberian, janji atau tawaran, di bawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Gagal melapor permintaan atau memperolehi rasuah, di bawah Seksyen 25 (3) dan (4) akan didenda tidak melebihi RM10,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kegiatan rasuah ini memberi impak tidak baik kepada negara. Rakyat sangat berharap agar PRU-15 tidak melibatkan wang rasuah atau politik wang yang merupakan kegemaraan majoriti ahli politik tempatan untuk memenangi pilihanraya dan berkuasa. Tetapi pada hakikatnya pelaburan yang dilakukan melalui pemberian wang untuk meraih undi pada kebiasaan akan ditebus balik apabila memegang tampuk kekuasaan.
Tambahan lagi apabila dilantik sebagai menteri terdapat lubuk lubuk emas untuk memberi ruang terlibat di dalam kegiatan rasuah untuk hidup mewah. Kontrak diberikan secara rundingan terus kepada kroni dengan harga yang melebihi keuntungan dianggarkan 50 peratus, sedangkan jika dibuat melalui tender terbuka dengan pengawasan yang ketat, biasanya kontraktor hanya memperolehi keuntungan diantara 15-20 peratus.
Jika mengikut Bank Dunia setiap kontrak tidak dipantau dengan baik akan tiris sebanyak 20-30 peratus dan kenyataan ini disokong oleh bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.
Sepatutnya rasuah politik ini tidak berlaku di negara ini, selain menyalahi undang undang ia juga satu dosa. Rasuah juga tidak adil kerana menyebabkan calon yang layak dan berwibawa diketepikan. Mengikut teori demokrasi, salah satu mekanisme rakyat boleh membendung tingkah laku elit rasuah ialah pilihan raya.
Tanggungjawab membendung rasuah di dalam piliharaya adalah terletak kepada ketua ketua parti yang bertanding. Jika mana mana parti masih memilih untuk memberi wang ringgit kepada penggundi untuk memenangi pilhanraya, maka masalah rasuah politik tidak akan selesai sampai bila-bila.
Rasuah lebih melibatkan integriti individu dibandingkan sistem (Individual vs Systemic). Doktrin agama tidak boleh mengekang amalan rasuah seseorang. Integriti adalah sesuatu yang dimiliki atau tidak dimiliki. Tetapi yang memiliki integriti pun belum tentu tidak mengambil rasuah jika sekiranya ketahanan dalaman dipengaruhi oleh kehidupan mewah walaupun melalui pendapatan haram.
Pengundi dan golongan muda mempunyai peluang untuk membuat pembetulan yang diperlukan oleh negara. Juteru mereka tidak boleh menerima wang, tidak boleh membiarkan sistem dan diri rosak kerana terbelenggu serta menggadai maruah dengan sedikit bayaran duit haram tetapi dalam jangka masa panjang ia merosakkan negara dan merumitkan rakyat.
Secara keseluruhan, Malaysia adalah sebuah negara yang makmur. Cuma isu rasuah dan penyelewengan masih lagi berleluasa dan sukar dibendung. Terdapat ahli politik yang korup, memperkayakan diri masing masing dan sepatutnya mereka ini menterjemahkan nilai nilai Islam ke dalam kancah politik sebagaimana semestinya. Kita perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan rasuah bukan kerana takut kepada SPRM tetapi kerana takut kepada Tuhan (God-fearing). Malangnya orang yang mendakwa takut kepada Tuhan, masih memperkayakan diri dengan hasil hasil haram.
Selepas pilihan raya negeri, parti yang menang diharap dapat membentuk sebuah kerajaan berintegriti, stabil dan terus bersama-sama rakyat memerangi rasuah, memperbaiki ekonomi, kos sara hidup demi masa depan negara dan generasi akan datang.
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
* Datuk Seri Akhbar Satar merupakan Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM).
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Akhbar Satar
Sat Jan 28 2023
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan. - Gambar hiasan
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
Ong anggap derma darah cara bersedekah
Bapa kepada seorang cahaya mata itu pada masa sama turut menggalakkan orang ramai menderma darah bermula daripada usia muda.
Al-Quran cahaya yang semakin ditinggalkan
Ia merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad hingga seterusnya secara berperingkat-menjadi lengkap.
Apabila sedekah menjadi rasuah
Rasuah adalah ibu segala kegiatan jenayah dan kejahatan.
'Sedekah' pilihan raya kepada pengundi tetap rasuah - Azam Baki
Azam berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya.
Budaya derma sudah jadi darah daging Pas - Razman
Menurut Razman, budaya pemberian derma yang menjadi tuntutan agama telah dihidupkan oleh Pas sejak sekian lama.
Penerima lebih gembira, beza bersedekah bagi duit cash & transfer online!
Zaman teknologi ini, bersedekah boleh dalam pelbagai cara bagi memudahkan urusan.
Doa ketika beri duit raya, bersedekah
Untuk bersedekah ada caranya. Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Janji Allah kepada mereka yang bersedekah di bulan Ramadan
Yakinlah, janji Allah itu pasti bagi mereka yang memperbanyakkan sedekah di bulan Ramadan.
Ramadan: Kongsi rezeki juadah buka puasa secara pandu lalu
Aneka juadah yang disediakan termasuk kuih muih, nasi berlauk, bubur lambuk dan minuman secara percuma.
Warga emas terus gigih bekerja, tidak pernah lupa tanggungjawab bersedekah
Bersyukur dikurniakan tubuh yang sihat, Rebiah masih mampu berjalan kaki ke hutan mencari buluh, kayu untuk memasak lemang, rendang serta dodol.